Yuna Kim
Yuna Kim

Yuna Kim

Yuna Kim (Hangul: 김연아; lahir 5 September 1990), juga dinamakan dalam adat penamaan timur sebagai Kim Yuna atau Kim Yeon-ah, ialah pesara peluncur ais berbunga kompetitif Korea Selatan. Beliau ialah juara Olimpik 2010 dan penerima pingat perak 2014 bagi perseorangan wanita; juara Dunia 2009 & 2013; juara Empat Benua 2009; juara pusingan akhir Grand Prix tiga kali (2006–2007, 2007–2008, 2009–2010); juara World Junior 2006; juara pusingan akhir Junior Grand Prix 2005; dan juara kebangsaan Korea Selatan enam kali (2003, 2004, 2005, 2006, 2013, 2014).Kim ialah peluncur ais berbunga Korea Selatan pertama yang memenangi pingat di acara ISU Junior Grand Prix atau ISU Grand Prix of Figure Skating, ISU Figure Skating Championships, dan Sukan Olimpik. Beliau merupakan peluncur wanita pertama yang menang dan melengkapkan setiap gelaran luncur ais berbunga grand slam rasmi ISU: Sukan Olimpik, Kejohanan Dunia, Kejohanan Empat Benua, dan Pusingan Akhir Grand Prix. Selain itu, Yuna Kim ialah peluncur ais berbunga pertama yang melengkapkam Career Super Grand Slam dengan juga memenangi Pusingan Akhir Junior Grand Prix dan Junior World Championships pada 2005 dan 2006.[2][3] Beliau ialah salah seorang daripasa tokoh media dan atlet yang diiktiraf di Korea Selatan. Selain dari kejayaanya sebagai atlet luncur ais berbunga, beliau sering dirujuk sebagai Queen Yuna oleh pelbagai media di seluruh dunia.[4][5][6]Beliau ialah bekas pemegang rekod untuk wanita dalam program pendek, luncur bebas dan jumlah yamg digabungkan[7] di bawah Sistem Pengadilan ISU. Beliau telah memecahkan rekod dengan markah 11 kali[7][8][9] di bawah Sistem Pengadilan ISU sejak 2007, di mana lapan rekod yang telah dicipta sendiri. Beliau juga ialah peluncur wanita pertama yang melepasi 140-mata dan 150-mata tanda luncur bebas[9] dan 200-mata, 210-mata dan 220-mata jumlah tanda[7] di bawah Sistem Pengadilan ISU. Sepanjang kerjayanya (novis, junior dan senior), Kim tidak pernah menghabiskan pertandingan di podium. Kerana bakat dan deria muziknya, kemahiran meluncur, beliau telah dianggap sebagai, peluncur wanita perseorangan terhebat sepanjang zaman.[10][11][12][13] Beliau juga mempunyai saingan hebat dengan juara Dunia tiga kali Mao Asada dari Jepun.[14]Kim merupakan atlet bergaji tinggi Sukan Olimpik Musim Sejuk 2010,[15] ahli sukan wanita ke-5, ke-7, ke-6 dan ke-4 berpendapatan tinggi di dunia masing-masing pada 2010,[16] 2012,[17] 2013[18] dan 2014[19] menurut Forbes. Majalah perniagaan itu juga telah menyenaraikan beliau dalam senarai 30 under 30[20] dan senarai Philanthropy.[21] Beliau telah dimasukkan ke senarai tahunan Time 100 bagi Orang Yang Paling Berpengaruh di Dunia oleh majalah Time pada 2010.[22] Kim ialah yang pertama menduduki kedudukan teratas di Forbes Korea Power Celebrity dan menerima ranking 10 Teratas dari 2010 hingga 2015 dan pada 2018.[23][24][25][26][27][28] Kim menyalakan obor Olimpik di majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.[29]

Rujukan

WikiPedia: Yuna Kim http://edition.cnn.com/2010/WORLD/asiapcf/10/21/so... http://english.donga.com/List/3/all/26/408900/1 http://www.isuresults.com/bios/isufs_cr_00007232.h... http://www.isuresults.com/isujsstat/phslfs.htm http://www.isuresults.com/isujsstat/phslsp.htm http://www.isuresults.com/isujsstat/phslto.htm http://jmagazine.joins.com/forbes/view/305259 http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20130807000... http://www.nbcolympics.com/news/yuna-kim-completes... http://content.time.com/time/specials/packages/art...